10 April 2012

Agama: Mentaliti masyarakat kini


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada entri kali ini saya ingin membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan keratan akhbar di atas iaitu akhbar Utusan Melayu bertarikh 10 April 2012 muka surat 12 dalam ruangan forum iaitu pandangan seroang hamba Allah dari Kedah mengenai drama Tanah Kubur yang disiarkan setiap hari Jumaat di Astro Oasis.

Apa yang hendak saya mulakan di sini ialah betapa pandangan sekularisme yang cuba dibawa oleh pandangan saudara ini. Beliau membawakan beberapa perkara yang harus diperhalusi oleh produser seperti:

1. Allah SWT Maha Berkuasa
Beliau tidak menafikan semua kejadian dan sebab berlaku sesuatu itu melainkan dengan pengetahuan dan keizinan Allah S.W.T.

2. Tanah Kubur tidak mesra dakwah
Beliau mengatakan bahawa drama ini akan menjauhkan bukan Islam malahan memurtadkan orang Islam itu sendiri. Beliau beranggapan bahawa orang bukan Islam akan berfikir bahawa hanya agama Islam yang akan melakukan hukuman seperti sedemikian

3. Kejahatan tidak semestinya dibalas di dunia
Beliau memberikan dua contoh iaitu kejahatan Firaun dan kejahatan Abu Lahab yang tak ditunjukkan di dunia. Dan juga beranggapan ianya merupakan satu kisah dongeng drama yang ditunjukkan dalam tayangan tersebut.

4. Niat baik kesan mungkin buruk
Beliau menyebut tentang islamofobia, keganasan dan kesan kepada dunia masa kini.

Komen saya


Apa yang saya perhatikan Slot Tanah Kubur sebenarnya memberikan peringatan dan keinsafan kepada masyarakat Islam sejagat di samping kita muhasabah diri untuk menjadikan diri lebih baik dan takut kepada azab Allah S.W.T. kelak..bukan tidak pernah kita tahu, majalah tabloid MASTIKA juga pernah menyiarkan ruangan serupa ini dalam majalah tersebut dan bukan lah satu rekaan bahkan wartawan mereka pergi ke tempat kejadian menerumah sekiranya ada kejadian yang berkaitan dengan pengkebumian yang boleh dijadikan iktibar.

Sebelum forum di atas, sehari seblumnya isu ini turut dikomen oleh seorang warga bukan Islam mengatakan betapa bagusnya drama ini untuk membentuk peribadi anak beliau bahawa jika kita melakukan kejahatan kelak akan dibalas. Itu lah hukum karma dalam dunia. Bahkan dalam agama mereka juga ada menerangkan tentang kebaikan dan keburukan dan balasannya. Saya kagum kerana orang bukan Islam sendiri lebih peka dan mengkagumi nilai2 murni dalam Islam. Cuma saya ingin bertanya kepada beliau..cara manakah yang mesra dakwah??

Kemudian bliau sendiri mengatakan kejatahan TIDAK SEMESTINYA di balas di dunia dan memberikan contoh Firaun dan Abu Lahab. Tidak kah beliau tahu bagaimanakah cara kematian Firaun. Cukup jelas diceritakan dalam Al-Quran, Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan dalam Laut Merah. Adakah orang yang baik matinya ditenggelamkan ketika hendak mengejar Nabi Musa a.s lari dari Mesir? Tidakkah aib nya kematian sebegitu dan menggambarkan orang yang jahat seperti Firaun mati sebgitu rupa.

Abu Lahab pula meninggal setelah berlakunya Perang Badar dalam keadaan demam yang panas dan badannya cepat membengkak dan membusuk. Setelah tidak tahan mengurus kan mayatnya yang busuk, maka mayat Abu Lahab ditendang masuk ke dalam liang lahad? Mungkin saya rasa saudara Khairi yang memberikan pendapat di atas tidak tahu atau kurang arif berkenaan kisah tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai Islamofobia. Saya ingin bertanya kepada pembaca. Siapakah yang melabelkan Islam sebagai pengganas? Tidak kah Amerika Syarikat yang melabelkan sedemikian? Disebabkan peristiwa 11 September 2001 kita penganut agama Islam dilabel terrorist oleh kebanyakan masyarakat dunia. Tidak nampakkah itu merupakn propaganda kafir untuk menjatuhkan Islam? Apa kah kaitannya dengan cerita pada drama ini? Pada saya adalah satu perkara yang tidak adil bagi beliau menjatuhkan hukuman kepada cerita ini bersandarkan kepada teori sekularisme Barat yang sesat lagi menyesatkan.

Cuma saya harap kepada pembaca, Islam itu indah tapi pada masa yang sama kita kena tahun dalam menyebarkan dakwah Islamiah, terdapat berbagai cara dan kaedah. Mungkin kita nampak buruk tapi sebenarnya itu lah cara yang paling baik.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment