28 November 2011

Terus Maju Ke Depan, Perkara Lalu Tetap Dalam Ingatan

Assalamualaikum pembaca semua..

Belakangan ni, saya kurang meluangkan masa untuk 'update' blog saya disebabkan lebih menumpukan dalam penulisan pra-tesis saya..maklumlah tahun akhir. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah sudah tahun akhir rupanya saya di universiti..terlalu pantas masa berlalu..

Ingin saya berkongsi sedikit pendapat mengenai tajuk entri saya kali ini..buat ingatan pada diri saya dan juga sahabat-sahabat sekalian..

Masa memang sentiasa bergerak..tidak akan berundur..bahkan apabila ditanya oleh Imam Al-Ghazali kepada murid-muridnya satu teka teki berbunyi:

Apakah dia yang paling jauh dengan kita?

Lantas murid-muridnya memberikan pelbagai jawapan. Ada yang mengatakan matahari, bulan, langit dan sebagainya..lantas Imam Al-Ghazali tersenyum lalu berkata:

Jawapan kamu semua salah, sebenaranya yang paling jauh dengan kita ialah masa lampau. Kerana sejauh mana kita mengejar, sejauh mana kita berlari..kita tak akan mungkin dapat mengejarnya..

Kita hanya boleh mengenang saja masa lampau..menjadikannya satu pengajaran, kenangan dan panduan agar masa akan datang kita tidak akan salah memilih jalan yang bakal kita tempuh..selalu kita dengar keluhan seperti ini:

a) Kenapalah aku pilih kos ni..dah lah susah..taw dulu aku pilih kos tu
b) Kalau la aku taw aku kena tipu macam ni, aku xnak dah masuk bisnes tu
c) Menyesal betul aku 'kapel' dengan mamat tu, dia main2 kan aku jer

Selalu kita mendengar rungutan seperti contoh di atas..baik kita renung sejenak..kenapa kita diduga sedemikian? Adakah Allah S.W.T. tidak suka dengan kita lantas diberinya dugaan atau jalan yang salah?

Allah Taala memberi kan dugaan kepada kita sebab Dia tau mana yang baik untuk kita..Dia tau apa masa depan hamba-Nya..Dia tau bagaimana hendak melorongkan hamba-Nya..Dia ingin mendengar rintihan hamba-Nya..

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasullullah S.A.W pernah bersabda:

Apabila Allah mengasihi dan menyayangi seorang hamba maka dikenakan kepada hambanya sesuatu bala"

Maka apabila hamba itu berdoa mohon pertolongan kepada Allah, maka berkatlah Malaikat: suara itu sudah terkenal! (didengari selalu para Malaikat akan rintihannya)

Dan berkata Jibril A.S.: Ya Allah, Hambamu si fulan itu bermohon pada-Mu, maka makbullah hajatnya

Jawab Allah: Biarkan lah dahulu hambaku, Aku suka mendengar rintihan suaranya.

Lalu kita muhasabah balik diri kita, mengapa harus kita menyesal apa yang terjadi tidak seperti apa yang kita hendakkan..Allah telah mengatur segalanya kerana mungkin apa yang kita nak itu tidak elok pada kita..

Saya paling suka melihat status2 di Facebook, Twitter...ada kalanya status2 yang di 'post' terutamanya bagi pasangan yang putus cinta..ada yang meratap..ada yang marah..ada yang mempersoalkan kenapa mereka putus..ada yang sedih sehingga nk cederakan diri sendiri

Anggap lah jika musibah itu berlaku, ingatlah bahawa kita sudah terlupa pada Pencipta kita..kita lalai dan leka dengan duniawi..kita terlalu leka melihat pada kenangan2 manis bersama dengan orang yang pernah jadi milik kita..setiap apa yang terjadi semua telah diatur oleh-Nya..maka untuk apa kita sesali perkara yang sudah berlaku..buka buku baru..yang penting masa depan kita lebih penting..apa yang sudah terjadi, maka jadi kan pengajaran..masa sentiasa bergerak ke hadapan..tidak akan ada masa yang kembali ke belakang

Firman Allah Taala:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak menggetahui." (al-Baqarah:216)

Tak salah kita lihat kembali masa lampau..tapi lebih kepada perspektif pengajaran..bukan penyesalan jika kita melakukan sebaliknya..

Wallahualam...(^_^)

16 November 2011

Hubungan Kita Dengan Allah

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama saya tidak meng'update' blog ini disebabkan oleh kesibukan yang dialami pelajar tahun akhir, hari ini saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca e-mail yang dikirim oleh admin blog Langit Ilahi berkenaan hubungan kita dengan Allah. Berikut bunyi e-mail yang dikirim kepada saya :

Assalamu’alaikum warahmatullahi waborokatuh.

Apa khabar anda?

Semoga anda berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT.

Sesungguhnya saya memuji Allah SWT atas peluang dan ruang yang masih Dia berikan kepada kita, peluang kehidupan yang diteruskan tanda bahawa Allah SWT masih cinta. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita satu persoalan:

“Kalau mati semalam bagaimana?”

Ya. Apakah jawapan kepada soalan itu?

Apakah jawapan?

Hanya diri kita sendiri tahu untuk diri kita. Kerana kita tahu apa yang kita telah lakukan.

Dan saya yakin, syurga bukanlah jawapan. Kerana kita hambaNya yang alpa, lalai, dan banyak dosa. Maka jika syurgaNya bukan jawapan kepada persoalan tadi, nyata tindakan Allah SWT menghidupkan kita pada hari ini adalah tanda Dia masih cinta.

Rasa berdosa di dalam jiwa, itu juga tanda Dia masih cinta.

Maka muncul satu lagi persoalan.

Bagaimana pula kita dalam membalas kasih dan cintaNya ini?

Ya.

Mari kita duduk renung sejenak pada hari baru yang Allah SWT berikan kepada kita. Hari ini. Ya. Saat anda sedang membaca email ini, dan saya yang sedang menulis ini mengajak diri saya, mari kita muhasabah. Hari ini dengan apakah hendak kita isi?

Setelah Allah bangunkan kita, setelah Allah beri lagi peluang kepada kita, maka hari ini apa yang hendak kita lakukan?

Bukankah teramat kurang ajar jika hari baru ini sekadar kita isi dengan dosa-dosa semalam, pengulangan keingkaran lalu, dan terus-terusan berkeras untuk tidak tunduk kepadaNya?

Mengapakah kita tidak mula merancang, bergerak untuk berubah, walaupun sedikit, bermula hari ini?

Ya. Kadangkala kita terlupa akan sikap kita, perangai kita, akhlak kita dengan Allah SWT.

Sedangkan Dialah yang hendak memberikan syurga dan neraka kepada kita.

Dialah yang menghitung amalan kita.

Dialah yang menentukan hidup dan mati kita.

Maka bagaimanakah hubungan kita denganNya?

Bagaimana solat kita?

Bagaimana Al-Quran kita?

Bagaimana penjagaan kita terhadap hukum-hakamNya, perintah dan laranganNya dalam seharian kehidupan kita?

Apakah hari baru ini, hari ini, kita sekadar mengulang kesilapan yang sama? Atau kita memilih untuk berubah?

Email ini memberikan peringatan ini. Sementara kita masih ada nyawa, dan matahari belum terbit dari barat. Agar kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi di akhirat.

Semoga kita terus menjadi yang lebih baik hari demi hari.

Menjadi hamba Ilahi Yang Sejati!

Alhamdulillah dan syukran diucapkan kepada admin Langit Ilahi kerana sudi berkongsi pendapat dan juga membolehkan saya berkongsi kepada pembaca sekalian. Ya, memang benar apa yang dikatakan oleh admin Langit Ilahi dan apa yang boleh saya kongsi pendapat saya ialah sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Insyaallah diri kita akan lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Pernahkah anda merasa getar atau takut apabila ada orang menyebut nama Allah? Jika tidak maka kita masih belum dekat dengan Allah Taala. Dan ini merupakan satu perkara yang sangat merugikan kerana Allah tidak pernah lupa pada hambanya yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah Taala. Sama2 lah kita muhasabah diri kita, supaya sama2 kita jaga hubungan kita dengan Allah..