16 November 2011

Hubungan Kita Dengan Allah

Assalamualaikum w.b.t

Setelah lama saya tidak meng'update' blog ini disebabkan oleh kesibukan yang dialami pelajar tahun akhir, hari ini saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca e-mail yang dikirim oleh admin blog Langit Ilahi berkenaan hubungan kita dengan Allah. Berikut bunyi e-mail yang dikirim kepada saya :

Assalamu’alaikum warahmatullahi waborokatuh.

Apa khabar anda?

Semoga anda berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT.

Sesungguhnya saya memuji Allah SWT atas peluang dan ruang yang masih Dia berikan kepada kita, peluang kehidupan yang diteruskan tanda bahawa Allah SWT masih cinta. Mungkin kita patut bertanya kepada diri kita satu persoalan:

“Kalau mati semalam bagaimana?”

Ya. Apakah jawapan kepada soalan itu?

Apakah jawapan?

Hanya diri kita sendiri tahu untuk diri kita. Kerana kita tahu apa yang kita telah lakukan.

Dan saya yakin, syurga bukanlah jawapan. Kerana kita hambaNya yang alpa, lalai, dan banyak dosa. Maka jika syurgaNya bukan jawapan kepada persoalan tadi, nyata tindakan Allah SWT menghidupkan kita pada hari ini adalah tanda Dia masih cinta.

Rasa berdosa di dalam jiwa, itu juga tanda Dia masih cinta.

Maka muncul satu lagi persoalan.

Bagaimana pula kita dalam membalas kasih dan cintaNya ini?

Ya.

Mari kita duduk renung sejenak pada hari baru yang Allah SWT berikan kepada kita. Hari ini. Ya. Saat anda sedang membaca email ini, dan saya yang sedang menulis ini mengajak diri saya, mari kita muhasabah. Hari ini dengan apakah hendak kita isi?

Setelah Allah bangunkan kita, setelah Allah beri lagi peluang kepada kita, maka hari ini apa yang hendak kita lakukan?

Bukankah teramat kurang ajar jika hari baru ini sekadar kita isi dengan dosa-dosa semalam, pengulangan keingkaran lalu, dan terus-terusan berkeras untuk tidak tunduk kepadaNya?

Mengapakah kita tidak mula merancang, bergerak untuk berubah, walaupun sedikit, bermula hari ini?

Ya. Kadangkala kita terlupa akan sikap kita, perangai kita, akhlak kita dengan Allah SWT.

Sedangkan Dialah yang hendak memberikan syurga dan neraka kepada kita.

Dialah yang menghitung amalan kita.

Dialah yang menentukan hidup dan mati kita.

Maka bagaimanakah hubungan kita denganNya?

Bagaimana solat kita?

Bagaimana Al-Quran kita?

Bagaimana penjagaan kita terhadap hukum-hakamNya, perintah dan laranganNya dalam seharian kehidupan kita?

Apakah hari baru ini, hari ini, kita sekadar mengulang kesilapan yang sama? Atau kita memilih untuk berubah?

Email ini memberikan peringatan ini. Sementara kita masih ada nyawa, dan matahari belum terbit dari barat. Agar kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi di akhirat.

Semoga kita terus menjadi yang lebih baik hari demi hari.

Menjadi hamba Ilahi Yang Sejati!

Alhamdulillah dan syukran diucapkan kepada admin Langit Ilahi kerana sudi berkongsi pendapat dan juga membolehkan saya berkongsi kepada pembaca sekalian. Ya, memang benar apa yang dikatakan oleh admin Langit Ilahi dan apa yang boleh saya kongsi pendapat saya ialah sekiranya kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Insyaallah diri kita akan lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Pernahkah anda merasa getar atau takut apabila ada orang menyebut nama Allah? Jika tidak maka kita masih belum dekat dengan Allah Taala. Dan ini merupakan satu perkara yang sangat merugikan kerana Allah tidak pernah lupa pada hambanya yang sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah Taala. Sama2 lah kita muhasabah diri kita, supaya sama2 kita jaga hubungan kita dengan Allah..

No comments:

Post a Comment