12 February 2012

Never Say Yes for Valentine Day

Assalamualaikum w.b.t.

Masuk je bulan Februari pasti akan tiba pada suatu tarikh yang kita tahu merupakan Hari Kekasih yang disambut di seluruh dunia. Biasanya pada hari ini, pasangan kekasih akan melakukan banyak perkara untuk menghargai kekasih mereka seperti memberi coklat dan lain-lain lagi. Tak terkecuali ada jugak remaja Islam yang turut menyambut.



Mungkin ada yang sudah tahu dan ada jugak yang tak tau, Valentine ni sebenarnya hari yang diraikan ramai penganut agama Kristian. Dalam hari ni bagi anak2 muda, terutamanya anak muda Melayu yang cetek pemikirannya melakukan banyak perkara yang menyalahi hukum agama.

Berdua-duaan, pasangan kekasih memujuk merayu membuktikan cinta dan kasih sayang mereka, dan akhirnya perkara yang mendatangkan dosa lebih berat akan terjadi. Zina berlaku diikuti kelahiran anak2 yang tidak berdosa atas perlakuan remaja-remaja ini tadi.

Bagi saya tidak ada ada salahnya mengekspresikan kasih sayang kita kepada orang yang tersayang tetapi adakah perbuatan kita itu berada di landasan yang betul? Niat kita biar lah kerana Allah, bukan kerana nafsu semata. Apabila kita hendak mula melakukan perkara yang tidak betul, kita pikir sejenak, adakah tindakan ini akan menyebabkan Allah murka?

Setahu saya, Rasulullah S.A.W tidak pernah menyambut Hari Kekasih maka kenapa harus kita umatnya melakukan perkara yang tidak disambut oleh Rasul kita? Bahkan Rasulullah S.A.W punya cara tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang baginda kepada isteri-isteri baginda. Kenapa tidak kita ikuti?

Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 bahawa Hari Valentine ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak pernah diraikan sebelum ini maka jatuh lah hukum haram dalam meraikannya.


Kita tidak perlu menunggu Hari Valentine untuk menunjukkan kasih sayang kita pada orang yang kita kasihi. Kenapa tidak kita tunjukkan hari-hari? Tidak perlu kita terikut-ikut dengan budaya Barat kerana kita orang Islam ada cara untuk kita sendiri.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari kebaikan dan keredhaan Allah S.W.T. dalam perbuatan kita sepanjang kita hidup ini. Yang mana buruk kita tolak, yang mana baik kita ambil. 

Wallahualam.




No comments:

Post a Comment