10 April 2012

Agama: Mentaliti masyarakat kini


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada entri kali ini saya ingin membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan keratan akhbar di atas iaitu akhbar Utusan Melayu bertarikh 10 April 2012 muka surat 12 dalam ruangan forum iaitu pandangan seroang hamba Allah dari Kedah mengenai drama Tanah Kubur yang disiarkan setiap hari Jumaat di Astro Oasis.

Apa yang hendak saya mulakan di sini ialah betapa pandangan sekularisme yang cuba dibawa oleh pandangan saudara ini. Beliau membawakan beberapa perkara yang harus diperhalusi oleh produser seperti:

1. Allah SWT Maha Berkuasa
Beliau tidak menafikan semua kejadian dan sebab berlaku sesuatu itu melainkan dengan pengetahuan dan keizinan Allah S.W.T.

2. Tanah Kubur tidak mesra dakwah
Beliau mengatakan bahawa drama ini akan menjauhkan bukan Islam malahan memurtadkan orang Islam itu sendiri. Beliau beranggapan bahawa orang bukan Islam akan berfikir bahawa hanya agama Islam yang akan melakukan hukuman seperti sedemikian

3. Kejahatan tidak semestinya dibalas di dunia
Beliau memberikan dua contoh iaitu kejahatan Firaun dan kejahatan Abu Lahab yang tak ditunjukkan di dunia. Dan juga beranggapan ianya merupakan satu kisah dongeng drama yang ditunjukkan dalam tayangan tersebut.

4. Niat baik kesan mungkin buruk
Beliau menyebut tentang islamofobia, keganasan dan kesan kepada dunia masa kini.

Komen saya


Apa yang saya perhatikan Slot Tanah Kubur sebenarnya memberikan peringatan dan keinsafan kepada masyarakat Islam sejagat di samping kita muhasabah diri untuk menjadikan diri lebih baik dan takut kepada azab Allah S.W.T. kelak..bukan tidak pernah kita tahu, majalah tabloid MASTIKA juga pernah menyiarkan ruangan serupa ini dalam majalah tersebut dan bukan lah satu rekaan bahkan wartawan mereka pergi ke tempat kejadian menerumah sekiranya ada kejadian yang berkaitan dengan pengkebumian yang boleh dijadikan iktibar.

Sebelum forum di atas, sehari seblumnya isu ini turut dikomen oleh seorang warga bukan Islam mengatakan betapa bagusnya drama ini untuk membentuk peribadi anak beliau bahawa jika kita melakukan kejahatan kelak akan dibalas. Itu lah hukum karma dalam dunia. Bahkan dalam agama mereka juga ada menerangkan tentang kebaikan dan keburukan dan balasannya. Saya kagum kerana orang bukan Islam sendiri lebih peka dan mengkagumi nilai2 murni dalam Islam. Cuma saya ingin bertanya kepada beliau..cara manakah yang mesra dakwah??

Kemudian bliau sendiri mengatakan kejatahan TIDAK SEMESTINYA di balas di dunia dan memberikan contoh Firaun dan Abu Lahab. Tidak kah beliau tahu bagaimanakah cara kematian Firaun. Cukup jelas diceritakan dalam Al-Quran, Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan dalam Laut Merah. Adakah orang yang baik matinya ditenggelamkan ketika hendak mengejar Nabi Musa a.s lari dari Mesir? Tidakkah aib nya kematian sebegitu dan menggambarkan orang yang jahat seperti Firaun mati sebgitu rupa.

Abu Lahab pula meninggal setelah berlakunya Perang Badar dalam keadaan demam yang panas dan badannya cepat membengkak dan membusuk. Setelah tidak tahan mengurus kan mayatnya yang busuk, maka mayat Abu Lahab ditendang masuk ke dalam liang lahad? Mungkin saya rasa saudara Khairi yang memberikan pendapat di atas tidak tahu atau kurang arif berkenaan kisah tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai Islamofobia. Saya ingin bertanya kepada pembaca. Siapakah yang melabelkan Islam sebagai pengganas? Tidak kah Amerika Syarikat yang melabelkan sedemikian? Disebabkan peristiwa 11 September 2001 kita penganut agama Islam dilabel terrorist oleh kebanyakan masyarakat dunia. Tidak nampakkah itu merupakn propaganda kafir untuk menjatuhkan Islam? Apa kah kaitannya dengan cerita pada drama ini? Pada saya adalah satu perkara yang tidak adil bagi beliau menjatuhkan hukuman kepada cerita ini bersandarkan kepada teori sekularisme Barat yang sesat lagi menyesatkan.

Cuma saya harap kepada pembaca, Islam itu indah tapi pada masa yang sama kita kena tahun dalam menyebarkan dakwah Islamiah, terdapat berbagai cara dan kaedah. Mungkin kita nampak buruk tapi sebenarnya itu lah cara yang paling baik.

Wallahualam.

27 February 2012

LYNAS: Antara Kecerdikan Pakar Ademik dan Lolongan Politik

Assalamualaikum W.B.T.




Kecoh belakangan ini apabila isu berkenaan satu projek yang datang dai negara Australia sedang dilaksanakan di Gebeng, Kuantan. Macam-macam pendapat yang kita dengar dari mulut ke mulut, kedai kopi, Facebook, Twitter, Blogger dan tak kurang juga dari pemimpin-pemimpin pembangkang.


Sebelum saya lebih mengulas, mari kita semak sedikit apa itu LYNAS. LYNAS merupakan syarikat yang datangnya dari Australia di mana bahan rare earth metal dilombong dari Mount Weld. Metal yang dilombong mengandungi Thorium yang berada pada peringkat rendah tahap radiasinya. Metal ini sangat jarang diperolehi dan mempunyai nilai ekonomikal yang sangat tinggi dalam pasaran global. 





Ada yang takut sangat dengan radiasi yang dikeluarkan oleh Thorium. Tahukah anda Thorium metal mengeluarkan radiasi Alpha-particle yang tidak boleh ditembusi oleh kulit. Bermakna, memiliki Thorium tidak akan memutasikan anda menjadi X-men, Hulk, Spiderman. Kena faham betul2 kat sini.


Thorium kalau nk lagi simple perbandingan boleh dihentikan dengan sehelai kertas sahaja. Nak control sangat lah mudah. Lepas tu ada jugak yang persoalkan tentang gambar 'Radioactive substance treatment tank immersed in water after rain' tau tak bahawa bahan radiasi memang disimpan di dalam bekas dan kemudiannya diletak dalam air pula.


Ada lagi pulak berkata yang Malaysia ni sebagai tempat buangan bahan radioaktif kimia oleh Australia. Jangan jadi kurang bijak! Syarikat Lynas di Malaysia sebenarnya berfungsi untuk melengkapkan proses separa yang telah dilakukan oleh HQ nya di Australia sana. Bukannya sebagai satu tempat buangan bahan radioaktif. Perbetulkan semula fikiran anda.


Ada lagi berkata kesan yang sama akan berlaku pada LYNAS di mana peristiwa di BUKIT MERAH dulu akan berulang. Anda semua kena faham, peristiwa di BUKIT MERAH berlaku 2 dekad yang lalu. 2 DEKAD. Zaman tu adakah sains dan teknologi maju berbanding sekarang? Kita tak boleh samakan apa yang berlaku di BUKIT MERAH akan juga berlaku di GEBENG. 


Hingga pakar nuklear sendiri sudah mengesahkan bahawa LYNAS memang selamat. Memang la tak 100% tapi cuba anda bayangkan. Loji kat Kerteh di Terengganu tidak ada pula yang persoalkan kenapa di buka walhal impaknya sangat besar jika berlaku sesuatu yang tidak diingini contohnya letupan. Dan juga banyak lagi kilang2 di Malaysia yang lebih berbahaya dari LYNAS. Mengapa tiada himpunan seperti HIMPUNAN HIJAU 2.0 berlaku? 


Realitinya, apabila satu2 syarikat yang diusahakan anak2 MELAYU sudah pasti akan ditentang oleh kaum CINA. Saya tak katakan semua tetapi sesetengah yang dengki dengan naiknya anak MELAYU dalam dunia ekonomi. 


Selepas tu, kebodohan kita sendiri yang lebih suka dengar cakap pemimpin politik yang takde apa2 ilmu tentang sains melobi undi mereka kepada rakyat bahawa "jika saya diundi, LYNAS akan ditutup". Apa nerakanya lah tu? Dimomokkan dengan radiasi yang boleh menyebabkan mutasi. Tahukah anda, hari2 kita duk berdepan dengan radiasi. Matahari yang memancarkan sinarannya pun satu radiasi. Telefon, TV, radio, laptop, I-phone, I-pad, dan semua peralatan elektronik memancarkan radiasi malah lebih bahaya dari Thorium. Xde pula orang melakukan himpunan besar-besaran membuang peralatan tersebut??


Oleh itu, saya menyeru anda semua. Kita diberikan akal untuk berfikir. Bukan seperti kerbau yang dicucuk hidung. Orang suruh buat benda ni kita buat. Orang suh percaya benda ni kita percaya. Kita dianugerahkan akal untuk kita mencari kebenaran. Usah kita dimomokkan dengan pemimpin politik yang lantang mengetuk tin kosong untuk kepentingan peribadi.


Akhir kata, saya link kan kepada anda laporan yang dibuat secara rasmi berkenaan LYNAS di GEBENG, KUANTAN. 


Wallahualam


http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf


12 February 2012

Never Say Yes for Valentine Day

Assalamualaikum w.b.t.

Masuk je bulan Februari pasti akan tiba pada suatu tarikh yang kita tahu merupakan Hari Kekasih yang disambut di seluruh dunia. Biasanya pada hari ini, pasangan kekasih akan melakukan banyak perkara untuk menghargai kekasih mereka seperti memberi coklat dan lain-lain lagi. Tak terkecuali ada jugak remaja Islam yang turut menyambut.



Mungkin ada yang sudah tahu dan ada jugak yang tak tau, Valentine ni sebenarnya hari yang diraikan ramai penganut agama Kristian. Dalam hari ni bagi anak2 muda, terutamanya anak muda Melayu yang cetek pemikirannya melakukan banyak perkara yang menyalahi hukum agama.

Berdua-duaan, pasangan kekasih memujuk merayu membuktikan cinta dan kasih sayang mereka, dan akhirnya perkara yang mendatangkan dosa lebih berat akan terjadi. Zina berlaku diikuti kelahiran anak2 yang tidak berdosa atas perlakuan remaja-remaja ini tadi.

Bagi saya tidak ada ada salahnya mengekspresikan kasih sayang kita kepada orang yang tersayang tetapi adakah perbuatan kita itu berada di landasan yang betul? Niat kita biar lah kerana Allah, bukan kerana nafsu semata. Apabila kita hendak mula melakukan perkara yang tidak betul, kita pikir sejenak, adakah tindakan ini akan menyebabkan Allah murka?

Setahu saya, Rasulullah S.A.W tidak pernah menyambut Hari Kekasih maka kenapa harus kita umatnya melakukan perkara yang tidak disambut oleh Rasul kita? Bahkan Rasulullah S.A.W punya cara tersendiri dalam menunjukkan kasih sayang baginda kepada isteri-isteri baginda. Kenapa tidak kita ikuti?

Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 bahawa Hari Valentine ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak pernah diraikan sebelum ini maka jatuh lah hukum haram dalam meraikannya.


Kita tidak perlu menunggu Hari Valentine untuk menunjukkan kasih sayang kita pada orang yang kita kasihi. Kenapa tidak kita tunjukkan hari-hari? Tidak perlu kita terikut-ikut dengan budaya Barat kerana kita orang Islam ada cara untuk kita sendiri.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mencari kebaikan dan keredhaan Allah S.W.T. dalam perbuatan kita sepanjang kita hidup ini. Yang mana buruk kita tolak, yang mana baik kita ambil. 

Wallahualam.




27 January 2012

Fitnah Menjelang Hari Kiamat

Assalamualaikum w.b.t

Sedari tidak ramai di antara kita yang telah lari jauh daripada melihat tentang darul akhirat, pabila mata dan hatinya menjadi terhijab dek kerana duniawi yang menelan isinya. Ditambah lagi dengan kesibukkan, hiburan yang keterlaluan dan sebagainya. Terdapat beberapa perkara yang membuatkan kita berpaling daripada memikirkan darul akhirat:

Fitnah Harta


Fitnah harta ini kita boleh bahagikan kepada dua..satu yang miskin atau kurang kemampuan..satu lagi pulak yang kaya..

Bagi mereka yang kurang berkemampuan..pemikiran mereka lebih ditumpukan untuk mecari rezeki..bekerja keras siang dan malam..pemikiran disibukkan untuk mencari makanan seharian..saya tidak menafikan diri saya juga turut dibayangi perasaan yang sama..adakah kita mampu untuk bekerja utk esok harinya..bagaimana nnt nk beri keluarga makan..

Yang kaya pulak lain ceritanya..duk sedap dilimpahi harta, makan pown yang sedap2..dan mereka fikir semua tu dtg dari kecerdikan dan usaha mereka dalam mendapatkan dan mengumpulkan harta


Kalkulator dan handphone dijadikan seperti tasbih di tangan mereka. Harta menjadikan mereka hamba..siapa yang tak suka pada duit dan kekayaan..tetapi wajarkah kita meletakkan harta itu segala-galanya?

Fitnah harta juga boleh digambarkan dalam bentuk kegembiraan dan kesenangan agar Allah dapat lihat siapa yang bersabar..siapa yang mengeluh dan siapa yang bersyukur atau kufur..akhirnya kembalilah kepada Al-Quran..kerana Kalamullah itu mampu mengubati fitnah ini dengan mengingati hari akhirat.

Fitnah Ikhtilath (Pergaulan Bebas Di Antara Lelaki dan Perempuan)


Rasulullah S.A.W bersabda:

Tidak aku tinggalkan sepeninggalanku fitnah yang lebih memudaratkan terhadap lelaki daripada perempuan


HR. Bukhari

Pengaruh yang terbesar yang ditimbulkan fitnah ini iaitu:

Para wanita bersikap berlebih-lebihan dalam pergaulan yang mana akhirnya membawa kepada kehamilan luar nikah.

Fitnah ini bukan untuk suami isteri

Fitnah Informasi dan Telekomunikasi

Dunia maju dilengkapi dengan kemudahan teknologi terkini seperti radio, internet, televisyen, bahan bacaan dan sebagainya melingkari kehidupan kita. Semua ini dicipta ada pro ada kontra nya..tapi dengan teknologi ini lah..cubaan demi cubaan untuk melalaikan kita..akhirnya pengaruh menjadi meluas..kebatilan bukan sahaja hanya disaksikan..malah turut menjadi pelaku

Cukup sekadar ini shj yg dpt sy kongsikan kepada anda semua..smoga kita sentiasa berubah untuk melakukan kebaikan..mencari pahala bukannya susah..membuat dosa juga bukannya payah.

Wassalam..






03 January 2012

Salahkan Nyamuk, Hutan Dibakar??


Assalamualaikum w.b.t.

Entri kali ni saya ingin memberikan satu lagi permasalahan dalam masyarakat.."Salah kan nyamuk, Hutan Dibakar" bukanlah salah satu peribahasa Melayu ttp sy suka membuat perbandingan ini dengan mentaliti masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu khususnya..sy bkn bertujuan utk mengutuk atau menempelak tetapi ini lah hakikatnya berlaku dalam pemikiran kita orang Melayu..


Baru2 ni dikejutkan dengan ikon remaja cemerlang Nor Amalina Che Bakri yg mndpt 17A1 dlm SPM suatu ketika dulu..hari ni kita dikejutkan dengan perubahan personaliti beliau..dari seorang yg boleh dijadikan role model kpd generasi akan datang kpd individu yg berubah akibat kejutan budaya

Masyarakat kita mula tuding jari salahkan sana sini, tempelak beliau, lepaskan rasa marah, benci, penghinaan..tetapi sedarkah kita? Kita semua manusia biasa, xlepas dari silap, salah dan dosa..siapa kita utk menghukum..

"Katakanlah: " Hai hamba-hambaku, yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa terhadap rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar:53)

Mencari SATU jalan penyelesaian lebih baik daripada BERIBU jari yang menuding mencari kesalahan..

02 January 2012

Menjelang Peperiksaan di Awal Tahun 2012

Assalamualaikum pembaca..

Alhamdulillah..syukur kerana masih diberikan nafas untuk meneruskan hidup sehinggalah masuk tahun Masihi baru iaitu 2012.

Berbeza dengan orang lain, saya tidak pernah menyambut kehadiran Tahun Baru Masihi hatta buat azam baru untuk apa yg sy akan buat utk 2012..semuanya telah sy lakukan masa tahun Hijrah dulu..

Sedar xsedar..sudah hampir 2 tahun setengah saya di universiti..macam2 ilmu yang saya perolehi, pengalaman, kenangan sama ada baik mahupun tidak..dan yang paling menarik ialah saya sudah mengikat tali pertunangan pada November yang lalu..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

Setelah saya sampai tahap ini, baru saya sedar betapa bukan senang untuk naik satu tahap ke satu tahap, dari merangkak, bertatih, dipimpin, berjalan dan baru dapat berlari..semuanya memerlukan masa..bila saya pandang balik ke belakang..Alhamdulillah saya bersyukur dan puas dengan apa yg sy ada skarang

Esok saya akan mula 'bertarung' dengan final exam..time ni, banyak kerenah kawan2 sy yang dpt sy lihat..ada yg stay up sampai subuh, ada yg xtidur langsung, ada yang lepak McD sambil blajar..macam2 gaya macam2 rupa..saya pula..lebih memilih untuk study last minit..maybe sbb ini saja cara yg boleh buat sy skor dalam exam..


Apapun, sudah banyak exam yg dah sy tempuh, pelbagai pengalaman sudah ada dalam kocek sy..sy cuma harap usaha, doa dan tawakkal akan membuahkan hasil..tak kira lah baik atau xbaik..yg pnting..kepuasan itu ada..tidak berundur seblum berjuang..

Dan kepada rakan2..sy ucapkan selamat berjuang di dalam menghadapi peperiksaan..sama2 lah kita (^_^)


13 December 2011

Cinta Murah - Perspektif Anda?

Tajuk yang nampak simple tapi dalam pengertiannya jika kita memahami dan menelusi maksudnya..apakah dia cinta murah? Adakah ianya boleh dibeli di pasar-pasar malam? Selonggok dua ringgit..hanya sekadar kiasan..letaknya cinta itu dikategorikan sebagai murah apabila kita dengan mudahnya memberikan sepenuh nya jiwa dan raga..cinta yang berlandaskan nafsu tiada kesudahannya..akhirnya sendiri terkorban dalam perangkap cinta dunia itu sendiri

Impaknya, lihat lah sendiri di sekeliling kita hari ini..yang buang anak satu hal..bersepah-sepah di dada akhbar buang anak sana sini sampai kita jadi lali dengan benda ini..sungguh menyedihkan dan memalukan..orang Barat sendiri pown taw jaga anak luar nikah mereka..

Yang kena tangkap basah lain pulak halnya..ada yang kata nk lepas tensyen lepas SPM mcm yg terjadi baru lagi dalam akhbar menyiarkan 2 pasangan remaja ditangkap di Melaka dengan alasan nk lepas stress jawab exam..

Sudah kita tau dalam setiap perkara yang kita lakukan ada matlamatnya..begitu juga denga cinta..cinta tanpa matlamat yang jelas ibarat 'suka-suka' saje lah..akhirnya nafsu disandarkan menjadi satu sebab lantas mengheret kita ke lembah neraka..

Saya selalu dengar, cinta itu tidak adil, cinta itu kejam..tapi sebenarnya bukan cinta yang kejam atau tidak adil, tetapi manusia itu sdiri yang bersifat sedemikian.

Percayalah jika kita ada satu matlamat yang kukuh kita akan terhindar daripada mainan nafsu

"Aku mahu mencintai dia kerana aku ingin menjadikan dia sebagai penyeri hidup ku dunia dan akhirat"

"Aku mahukan dia sebagai bidadari ku, yang menjadi ibu kepada anak-anakku, yang menjadi penyambung generasiku"

Jika niat kita seperti di atas, Insyaallah..bergantilah cinta yang murah tadi kepada cinta yang mahal.

Cinta yang mahal apabila kita bawa bersama saat sakaratulmaut nanti, dan terus dibawa sehingga tubuh bersatu dengan tanah.

Saya petik kata-kata dari buku Langit Ilahi 2 karangan saudara Hilal Asyraf yang berbunyi:

Cinta yang sebenar terlalu mahal harganya kerana maut tidak bleh meragutnya, bahkan cinta itu sebenarnya boleh menembusi alam barzakh seterusnya mencari tuannya di Padang Mahsyar, dan membantu tuannya merentas sirat, serta bersama tuannya selama-lamanya di syurga.

Hiasi hidup kita dengan cinta yang mahal dan jangan biarkan kita terjebak pada cinta yang murah