19 October 2011

Bersama Menyelamatkan Akidah Umat Islam - HIMPUN

Assalamualaikum W.b.t

Himpunan Sejuta Umat @ HIMPUN yang akan diadakan pada Sabtu ini merupakan satu inisiatif yang ditunjukkan oleh Sekretariat2 nya dan juga badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta ahli2 korporat Islam untuk bersama-sama menunjukkan kesepakatan dalam membela isu2 agama Islam yang semakin menjadi isu panas masyarakat sejak akhir2 ini.

Objektif Himpun:

  • Untuk menerangkan kedudukan perkara sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur oleh media
  • Mengukur semangat kesatuan dan kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011
  • Memberitahu rakyat perlunya ada persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama, bukan dibiarkan berlarutan sehinggan menjadi hujah politik
  • Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.
  • Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.
  • Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam

Prinsip Himpun:

Himpunan Sejuta Umat ini akan dikendalikan mengikut lunas-lunas berikut :

· Keseluruhan pengendalian program dari awal hingga akhir sama sekali tidak menggambarkan kecenderungan berpolitik.

· Peserta himpunan terdiri daripada semua rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan agama dan afiliasi politik (Walaupun
perhimpunan ini secara logiknya akan disertai oleh orang Islam namun penyertaan mereka yang bukan Islam dialu-alukan).

· Himpunan ini adalah perhimpunan aman yang mendapat kebenaran pihak yang berkuasa.

· Tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini.

· Penyertaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak atau payung bangsa Melayu dan Agama Islam adalah sangat munasabah dan bertepatan pada masa dan ketikanya.

Senarai Penyokong Himpun:

1. Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) | PEMUDA PAS

2. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO

3. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO

4. Oh Media Network | Oh! Media

5. 1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad|

6. Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah |

7. Islam Itu Indah |

8. BeautifulNara |

9. Nasyeed.com |

Bagi saya sendiri, usaha sebegini harus dipuji memandangkan sejak belakangan ini hal2 berkaitan agama Islam semakin menjadi-jadi hangatnya. Oleh itu, buang sebentar title politik masing2, mari kita sama2 menyokong perhimpunan ini dengan harapan masalah2 berkaitan umat Islam tidak dipandang remeh oleh orang bukan Islam..

Wallahualam..

HIMPUN

No comments:

Post a Comment